Unit Psikologi dan Kerjaya

Sejarah penubuhan Unit Psikologi & Kerjaya bermula bersama-sama penubuhan Kolej Komuniti Selandar Melaka di kampus sementara di Sekolah Menengah Nyalas Jasin, Melaka . Pada awal penubuhannya Unit ini telah diterajui oleh Cik Umi Abiha Binti Mohd Said dengan nama Unit Bimbingan & Kaunseling. Pada 15 Januari 2007 pula, En. Mohd Sani Bin Azizan dilantik secara dalaman oleh pihak kolej untuk memegang jawatan Pegawai Kaunseling KKSL. Pada 24 Mei 2010, Cik Masliyana Binti Kamas telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan menggantikan tempat En. Sani Azizan dengan memegang jawatan sebagai Pegawai Psikologi ( S41 ) dan menjalankan tugas-tugas kaunseling di Kolej Komuniti Selandar sehingga kini. Unit Bimbingan & Kaunseling kini telah bertukar dengan nama Unit Psikologi & Kerjaya, Kolej Komuniti Selandar, Melaka.