Unit Perhubungan Dan Latihan Industri

Latihan Industri merupakan satu kursus penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi. Secara amnya tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja.

Pelaksanaan kursus ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan kerajaan yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu). Pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pegawai: Puan Norhidayah Ahmad Mustafa