Unit Penerangan

Bagi memantapkan sistem pengurusan dan promosi Kolej Komuniti, jawatan Pegawai Penerangan di wujudkan Kolej Komuniti Selandar.

Pegawai Penerangan akan bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal seperti berikut:-

1. Menguruskan promosi dan publisiti tentang dasar, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Selandar kepada warga kolej komuniti dan pihak luar yang berkaitan.

2. Menguruskan aduan khidmat pelanggan

3. Memantau dan menilai liputan media yang memberi kesan kepada perkembangan Kolej Komuniti

4. Menyelaras hubungan kolej dengan institusi pendidikan yang lain dan pihak luar

5. Mengurus lawatan dari pihak luar samada pelajar, syarikat, NGO atau badan-badan kerajaan yang lain

6. Membantu Unit Multimedia dan Sumber dalam penghasilan bahan penerbitan Kolej Komuniti

7. Mengurus pameran kolej samada diperingkat dalaman atau luaran daripada segi peningkatan penyertaan dan kehadiran penonton

8. Membantu unit ICT mengemaskinikan info dalam laman sosial Kolej Komuniti

9. Menjalankan tugas-tugas lain dalam bidang perhubungan awam yang diarah dari semasa ke semasa