Unit Penyelidikan dan Inovasi

Unit Penyelidikan & Inovasi mula diwujudkan di Kolej Komuniti Selandar pada tahun 2012. Unit ini menyelaras sepenuhnya urusan aktiviti penyelidikan dan inovasi samada diperingkat kolej atau diperingkat Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan.

FUNGSI


FUNGSI

1. Merancang & melaksanakan aktiviti-aktiviti atau program yang melibatkan penyelidikan & inovasi kolej.

2. Menyelaras aktiviti-aktiviti atau program sama ada diperingkat kolej atau jabatan.

3. Bertanggungjawab memupuk budaya menghasilkan penyelidikan dan inovasi di dalam organisasi dikalangan staf dan pelajar.

4. Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak Jawatankuasa Induk Wilayah Melaka & N. Sembilan dengan kolej.

5. Melaporkan penglibatan dan status pelaksanaan aktiviti penyelidikan & inovasi staf serta pelajar kepada pihak pengurusan kolej/jabatan.