Unit Multimedia dan Sumber

Unit Multimedia & Sumber Kolej Komuniti Selandar bertanggungjawab dalam pengurusan Pusat Sumber/ perpustakaan Kolej Komuniti Selandar, video dan dokumentasi , proses penerbitan dan percetakan maklumat Kolej komuniti Selandar dan proses pemantauan serta penyelenggaraan komputer dan sistem rangkaian di Kolej Komuniti.

Ia merangkumi 2 unit iaitu unit ICT dan unit perpustakaan.

Tugas-tugas yang dijalankan:

1. Peminjaman peralatan ICT seperti LCD Projektor, Laptop, PA Sistem dan kamera.

2. Penyelenggaraan Peralatan ICT

3. Perkhidmatan Fotografi dan rakaman video

4. Perkhidmatan merekabentuk grafik

5. Perkhidmatan peminjaman buku-buku dan majalah di perpustakaan

6. Perkhidmatan siaraya

7. Mengemaskini laman web


Objektif Unit Multimedia & Sumber

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan audio, video, fotografi, ICT dan perpustakaan bagi melancarkan proses P&P kolej dan segala urusan berkaitan serta meningkatkan capaian dan perkongsian maklumat secara efisien dan efektif.