Unit Latihan Staf

PENGENALAN

Unit Latihan Staf bertanggungjawab dalam mengenalpasti keperluan latihan, merancang dan menganjurkan kursus secara dalaman bagi semua staf. Unit ini juga menguruskan perihal latihan bagi memenuhi keperluan latihan Kemahiran Teknikal (Hard Skill) dan Kemahiran Pengurusan (Soft Skill) dikalangan staf. Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan semua staf memenuhi kursus mengikut KPI yang telah ditetapkan selaras dengan peningkatan kompetensi tugas meliputi Kursus Career Path Competency Matrix (CPCM), Kursus PPK (Program Peningkatan Kemahiran), Kursus KUDAP (Kursus Dalam Perkhidmatan) dan kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Kementerian-kementerian serta agensi-agensi luar mengikut keperluan semasa. B. OBJEKTIF i. Memastikan setiap kakitangan menghadiri kursus dalam perkhidmatan minima tujuh (7) hari setahun. ii. Memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada Pensyarah diberi latihan meningkatkan kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dalam tempoh setahun