Unit Kualiti

PENGENALAN Penubuhan Unit Kualiti adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti (SPK) ke arah memantapkan peranan warga KKSL yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi.


Fungsi utama Unit Kualiti ialah;

1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.

2. Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK di peringkat Jawatankuasa, Pemilik Proses, dan Unit.

3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.

4. Menyelaraskan maklumat mengenai segala maklumbalas pelanggan yang diterima bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.


PENGIKTIRAFAN Pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah hadir ke Kolej Komuniti Selandar pada 12 & 13 Januari 2015 untuk menjalankan Audit Pematuhan bagi Persijilan MS ISO 9001:2008.

Hasil dapatan audit melaporkan 1 Laporan Ketakakuran Kecil (NCR) dan 6 Peluang Penambahbaikan (OFI).

Pada 17 Mac 2015, Kolej Komuniti Selandar secara rasminya mendapat pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (No. Pensijilan: AR 6315).