Unit Hal Ehwal Pelajar

PENGENALAN Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) ialah unit sokongan akademik tentang hal berkaitan pelajar. Bertanggungjawab menguruskan permohonan pelajar untuk mendapatkan Bantuan Kewangan Pelajar, Elaun Khas Orang Kurang Upaya dan Insurans. Mempunyai dua fungsi utama iaitu pengambilan dan kebajikan serta displin pelajar.


STRUKTUR ORGANISASI

Unit HEP diketuai oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP)

dan dibantu oleh 5 orang penyelaras:

a) Penyelaras Displin

b) Penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

c) Penyelaras Biasiswa

d) Penyelaras Biasiswa

e) Penyelaras Kelab dan Persatuan


OBJEKTIF

Membantu Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi melaksanakan tugas pengambilan, kebajikan dan displin pelajar.


FUNGSI HEP

a) Melaksanakan tugas - tugas pengambilan dan kemasukan pelajar, mendokumentasi data dan rekod pelajar Kolej Komuniti.

b) Melaksanakan tugas - tugas kebajikan dan displin, bantuan kewangan, insurans dan menyelaras aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).