EKSA (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)

SLOGAN EKSA

“Transformasi Masif Lestari Kondusif”

FUNGSI

POLISI EKSA

Kami berazam menjadikan Kolej Komuniti Selandar sebagai Jabatan yang membudayakan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) secara displin dan berpasukan bagi menyediakan persekitaran kolej yang konduktif, selamat dan selesa di samping meningkatkan kualiti kerja serta imej Jabatan.

OBJEKTIF EKSA

Menampilkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan berterusan mengikut piawaian yang ditetapkan dan memastikan pembudayaan amalan Ekosistem (EKSA) yang cekap dan berkesan ke arah menyumbang kepada kecemerlangan Jabatan.

VISI EKSA
1. Menjadikan Kolej Komuniti Selandar pusat pembelajaran sepanjang hayat yang unggul dengan iltizam meyediakan suasana dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan selesa di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta kursus pendek dan pelajar sepenuh masa melalui pembudayaan amalan Ekosistem (EKSA) yang berterusan.

MISI EKSA

1. Menyediakan persekitaran dan suasana kerja yang selesa dan selamat.
2. Mewujudkan pengurusan persekitaran berkualiti secara sistematik.
3. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan operasi di tempat kerja.
4. Menguruskan sumber jabatan secara optima dan komited untuk mengelakkan pembaziran.
5. Melahirkan warga kolej yang kreatif dan inovatif serta menghayati alam sekitar