Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Selandar mula beroperasi pada tahun 2003 dan menumpang sementara di Sek. Men. Keb. Nyalas, Melaka. Pada April 2004 Kolej Komuniti Selandar mula berpindah ke kampus tetap sendiri yang beralamat di Jalan Batang Melaka Selandar, Melaka. Sepanjang penubuhan Kolej Komuniti Selandar, ia telah di tadbir di bawah 3 pengurusan utama iaitu bermula dengan 'care taker' iaitu En. Zali bin Wahil (2003 - Julai 2004), En. Roslee bin Yahya (Julai 2004 - 2009),Tn. Hj Mohd Zufri bin Yazid (2010 - 2014),Hj Hasan Bin Mohd Sharif (2014 - 2015) dan kini En.Mohd Rahim Bin Mahmood (2016 - kini). Kolej Komuniti Selandar berkeluasan 7 ekar yang menempatkan berbagai blok kemudahan seperti Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Surau. Dari sehari ke sehari kemudahan-kemudahan ini dinaiktaraf untuk kemudahan pelajar dan kakitangan. Sepanjang tahun 2005 sehingga kini Kolej Komuniti Selandar giat menaiktaraf kemudahan umum. Antaranya pembinaan menaiktaraf makmal komputer, bilik kuliah,gelanggang terbuka untuk aktiviti riadah, Dewan Utama, Gymnasium, Dataran Lestari dan Korridor Lestari. Ia bertujuan memberi kemudahan yang lengkap untuk tujuan pembelajaran samada untuk Program Sepenuh Masa dan Kursus-kursus Pendek.