SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (SPU)

Maklumat Program

Program SIjil Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Program ini menawarkan modul pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

1. Penyejukan dan penyamanan udara domestik

    Latihan penyediaan asas, pemasangan dan penyelenggaraan unit penyamanan udara serta penyelenggaraan unit penyejukan.

2. Penyamanan udara kenderaan

    Servis unit penyamanan udara kenderaan seperti kereta, van dan bas

3. Penyejukan Komersil

    Servis unit penyejukan peti sejuk seperti peti sejuk komersil, mesin pembuat ais dan bilik beku

4. Penyamanan Udara Industri

    Servis unit penyamanan udara industri package unit, air handling unit, chiller dan variable refrigerant volume(VRV)

 

Prospek Kerjaya

1. Jututeknik Penyejukan dan Penyamanan Udara

2. Usahawan

3. Pakar Perunding

4. Kontraktor