SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN (SSK)

Maklumat Program

Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada
teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi
pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem
komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek
berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Program ini menawarkan modul
teras Asas Pengaturcaraan, Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik,
Senibina Komputer, Asas Rangkaian dan Komunikasi, Pengenalan
Pembangunan Laman Web, Sistem Pengoperasian Komputer, Pengenalan
Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian,Keselamatan Komputer,Pentadbiran
Rangkaian,Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer dan Pentadbiran Server.
Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan
membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara
kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan
bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem
Komputer dan Rangkaian


C. PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam
bidang rangkaian komputer yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi
kerjaya di dalam bidang industri ICT. Pengetahuan dan kemahiran di dalam
bidang Sistem Komputer dan Rangkaian, membolehkan pelajar memulakan
kerjaya di dalam bidang berikut :

1. Juruteknik Komputer
2. Pembantu Juruteknik Rangkaian
3. IT Koordinator
4. Pembantu Khidmat Pelanggan
5. Juruteknik Pemasangan Telekomunikasi