SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN (SPP)

Maklumat Program

Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan yang diperolhi itu nanti dapat membantu dna mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan laporan kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap

2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan yang betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuaidan tertib dalam melaksanakan tugasan.

3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran, pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metadologi dan teknik yang sesuai dan tertib dlam melaksanakan tugasan.

4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan

5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara profesional dan beretika

6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugas

7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dab pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat

8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu komtemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat

9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap profesional dan bertanggungjawab di dalm persekitaran kerja berkumpulan.

 

Prospek Kerjaya

1.Penyelia Operasi

2. Penyelia Jualan

3. Penyelia Sumber Manusia

4. Pembantu Pemasaran

5. Perunding Perniagaan

6. Kerani

7. Usahawan dalam sektor perniagaan