SIJIL LANDSKAP (SLP)

Maklumat Program

Program Landskap merupakan satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang landskap. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar secara menyeluruh termasuk pelaksanaan, pengurusan dan pengukuhan di dalam bidang landskap. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Asas kepada landskap yang merangkumi seperti sejarah industri landskap, komunikasi grafik landskap, tumbuhan dan aplikasi dalam landskap

2. Mengetahui aspek pengurusan dan operasi nurseri dalam pengeluaran tanaman

3. Mengenal dan mengecam jenis kumpulan tumbuhan dan kegunaannya

4.. Mengetahui dan menjalankan kerja pengurusan dan penyelengaraan landskap sama ada untuk landskap lembut ataupun landskap kejur

5. Pemahaman dan aplikasi teknologi binaan dan mekanisasi landskap

6. Mengetahui teknik dan kaedah melukis pelan landskap secara manual dan terbantu komputer

7. Penghasilan idea dan rekabentuk landskap di dalam bentuk lukisan 2D  dan 3D.

8. Mengetahui dan mengaplikasi proses kerja landskap dan kerja-kerja penyediaan di tapak cadangan

9. Memperoleh  asas yang kukuh untuk menceburi bidang landskap serta artikulasi ke peringkat pengajian tinggi

 

Prospek Kerjaya:

1. Pelukis CAD

2. Penyelia Nursery

3. Pengusaha Nursery

4. Penyelia Tapak Binaan

5. Kontraktor Landskap

6. Kontraktor Landskap