PENGENALAN KURSUS PENDEK

Pembelajaran Sepanjang Hayat melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sosio ekonomi individu seterusnya menyumbang kepada komuniti dan alam pekerjaan. Pembelajaran Sepanjang Hayat juga memberikan pendidikan dan latihan yang dinamik serta berkualiti kepada semua peringkat masyarakat untuk menyediakan mereka ke alam kerjaya yang diceburi seterusnya meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti setempat secara keseluruhan. Skop jabatan ini bertanggungjawab dalam menguruskan kursus pendek kolej, program pembangunan staf kolej, pameran anjuran kolej dan juga keceriaan serta kebersihan kolej. Selain memberi pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran kepada lepasan SPM / SPMV, Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi juga menyedia dan menawarkan kursus-kursus pendek, pendidikan lanjutan dan sepanjang hayat berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangkamasa singkat dan bermusim.

MATLAMAT

Matlamat perlaksanaan kursus pendek Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi adalah untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio-ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.